Sabtu, 18 Jun 2011

COOLABABY (Lampin Kain Moden) 1- 5 set :RM 28 / 6- 10 set :RM 25 (+Kos RM10)

QQ Baby merupakan Lampin Kain Moden yang mempunyai pelbagai gaya, saiz dan warna yang menarik, selesa, memberi ruang nafas kepada si manja dan sangat efektif menghalang kebocoran untuk si manja anda. QQBaby Cloth Diaper mempunyai daya serapan yang sangat baik, mudah dikendalikan, cepat kering dan sudah tentulah sangat berbaloi-baloi memilikinya. 
Pocket pants QQBaby sangat mudah diuruskan, sesuai dikendalikan oleh pengasuh si manja anda.

Rekaan yang unik 3X3 snap button, mudah dilaraskan mengikut badan si manja anda dari 3-13kg. Mudah dilaraskan di bahagian pinggang dan kaki. Produk ini boleh dibasuh, mudah dilaraskan dan sudah tentulah sangat ekonomi.(jimat..jimat..jimat..)


Penjagaan dan Cara Membasuh CD

bila dapat jer CD baru..kene pre-wash dulu..

Basuh dahulu cloth diaper dan 'insert' sekurang-kurangnya 3 kali prewash sebelum pertama kali hendak digunakan.. dah basuh jemur dibawah panas matahari (cepat sket kering n boleh bunuh bacteria…)


Caranya:-

Sebelum basuh kene make sure kita dah keluarkan insert dari dalam poket CD. Basuh CD menggunakan sedikit saja sabun kira-kira 1/4 sukatan. lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif. Peluntur dan pelembut pakaian tak payah guna yer.. nanti habis rosak CD tu nanti...


Peringatan penting ni… Insert memang kene letak kat dalam poket cloth diaper. ('insert' yang dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi kulit bayi). pastikan ianya ditolak kemas sampai ke bahagian depan. boleh digunakan sehingga 4-5 jam atau 4-5 kali basahan (sama seperti disposal diaper). bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket cloth diaper. apabila hendak menukar 'insert' harus tukar CD sekali walau pun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan